dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI MAHIR Menjahit sesi 1 - iii

18 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Februari 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Menjahit sesi 1 - iii. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang kelas ini berlangsung, guru MAHIR telah memberi penerangan mengenai asas jahitan tangan dan mesin serta peralatan yang diperlukan semasa menjahit. Seterusnya, guru MAHIR menerangkan mengenai peralatan menjahit iaitu, alatan menanda, alatan menggunting, alatan menjahit, alatan menekan dan alatan mengukur. Selain itu, guru MAHIR menerangkan mengenai bahan mendraf pola, cara membaca pita ukur dan pembaris. Akhir sekali, guru MAHIR menerangkan teknik mengambil ukuran badan dan langkah-langkah mengambil ukuran badan.

Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran menjahit para peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.